Kemuncak Seni 2010 Trailer

Persembahan

Kemuncak Seni 2010 akan dipersembahkan berpandukan format baru persembahan. Format ini di revolusikan dari format lama persembahan Kemuncak Seni yang terdahulu dengan garapan yang lebih teliti dan terperinci bagi semua item-item persembahan muzik dengan kaedah penyampaian teater dan seni seni tari. Kaedah ini bertujuan untuk menghasilkan persembahan tunggal (one show) bukan yang terpisah-pisah dan berdiri dengan sendirinya ( stand alone). Penonton akan merasakan pengalaman, hiburan dan merasai bagaikan satu persembahan. Secara amnya Kemuncak Seni 2010 akan mempunyai lima item muzikal dan akan digarap dengan sebuah item persembahan teater. Garapan inilah yang akan menguji tahap kemahiran dan kreativit dalam muzik dan seni persembahan (performing art) ahli Kemuncak Seni 2010 dalam menghasilkan sebuah persembahan bertaraf universiti.

Disamping itu juga kami sebagai Pendidik Muzik ingin menyampaikan masej kepada semua penonton bahawa pendidikan muzik adalah lebih daripada sekadar menyanyi, bermain alat muzik dan hiburan tetapi adalah salah satu medium yang paling efektif dalam menyampaikan masej dan pengajaran yang paling berkesan dan menarik. Skop persembahan adalah menyeluruh dari segi persembahan, pengisian dan muzikaliti.

0 comments:

Post a Comment

Satu In The Making Video 2

Limited Edition T-shirt Order Now!

Boleh juga di dapati di booth promosi semasa Majlis Konvokation pada 16 Mac 2010 di UPSI nanti.