LATAR BELAKANG
1 Kemuncak Seni merupakan satu aktiviti seni muzik berbentuk konsert yang dianjurkan pada setiap tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Proses penganjuran konsert dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar tahun akhir Program Muzik, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
2 Setiap pelajar tahun akhir diwajibkan melibatkan diri dalam aspek penyediaan bahan, pengurusan dan persembahan konsert yang bakal diadakan. Ini adalah kerana Kemuncak Seni merupakan salah satu prasyarat kelayakan untuk bergraduan bagi pelajar Program Pendidikan Muzik yang akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik.
3 Penglibatan setiap pelajar akan dinilai oleh pihak Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun ini, Projek Kemuncak Seni 2010 akan dikendalikan dan dianggotai oleh 17 orang pelajar Tahun Akhir, Program Pendidikan Muzik, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
0 comments:
Post a Comment