Kemuncak Seni 2010 Trailer

Kenapa SATU?

Tema SATU dirasakan sebuah tema yang paling signifikan dalam segenap kehidupan harian kita sebagai manusia dan seluruh kehidupan di dunia. Kamus Dewan Edisi Kelima mendefinisikan ”Satu” sebagai angka permulaan dalam membilang bilangan. Selain itu, perkataan Satu bukan sahaja berkaitan dengan nombor, sebaliknya ia juga digunakan untuk melambangkan sebuah ikatan yang kukuh seperti pepatah melayu mengatakan bahawa ”Bersatu teguh bercerai roboh”. Semua unsur-unsur ini dapat di terangkan dalam enam unsur yang besar, iaitu Tuhan, dunia, kemanusiaan, ilmu pengetahuan dan pendidikan, organisasi dan diri.

i) Tuhan – Semua manusia di Malaysia dan dunia ini memiliki agama dan kepercayaan yang berbeza-beza seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan bermacam lagi. Walaupun begitu setiap agama dan kepercayaan ini menjuruskan kepada matlamat yang sama iaitu mendapat kebahagiaan dan kebaikan. Pengetahuan dan sifat keterbukaan dan semangat toleransi dan hormat menghormati adalah kunci utama kepada kita untuk hidup dalam keadaan harmoni di mana sahaja di dunia ini. Kekurangan pengetahuan dalam perkara ini lah yang menyebabkan permusuhan, prejudis, peperangan dan bermacam-macam lagi kemusnahan.

ii) Satu Dunia – Bumi adalah rumah atau tempat kediaman untuk semua umat manusia. Bukan itu sahaja kita juga berkongsi hidup di dalam dunia ini bersama-sama haiwan, tumbuhan dan kehidupan-kehidupan lain yang saling bergantung kepada rantaian ekosistem dan keseimbangan alam. Pencemaran dan masalah gangguan kepada sistem iklim dunia yang disebabkan kejahilan manusia tentang kepentingan menjaga alam sekitar adalah sepenting kita menjaga kesihatan diri dan keharmonian hidup.

iii) Satu kemanusiaan - Sejarah telah mengajar kita bahawa segala kemusnahan dan peperangan yang dahsyat berlaku disebabkan oleh ketamakan dan perbezaan kelas dalam masyarakat. Mentaliti yang matang dan stabil boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti perkauman (racism), darjat dan kelas, penindasan gander (sexism). Fahaman politik dan sistem seperti demokrasi, sosialis, komunisme juga membuatkan manusia tidak bersatu. Sentiasa bermusuhan, saling membenci, berperangsangka buruk, hidup dalam ketakutan, dan bermacam lagi. Di sini tema SATU juga memainkan peranan yang penting agar kita dapat bersatu, sayang menyayangi antara satu sama lain dan bekerja secara harmoni untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup. Perpaduan adalah kunci utama untuk negara kita terus aman dan makmur. Oleh yang demikian rakyat mesti lah ber”SATU” untuk mengekalkan perpaduan agar negara sentiasa aman damai dan tenteram. Perbezaan bukanlah halangan untuk kita bersatu hidup bersama. (Unity in diversity)

iv) Ilmu pengetahuan dan pendidikan – Sesusah nombor seribu bermula dengan nombor satu. Pembangunan dan kemajuan negara bermula dari sistem pendidikan yang sistematik dan terancang. Pendidikan perkara yang paling penting dalam negara ingin menuju sebuah negara maju 2020. Semua ini terbukti dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelektual. Kegagalan sesebuah negara untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak dan generasi muda akan menyebabkan terbantutnya perkembangan kemajuan negara, ekonomi, sosial dan cara hidup masyarakatnya.

v) Satu Organisasi – Satu amat signifikan sekali didalam sesebuah organisasi. Satu di sini adalah kepimpinan yang unggul dalam menjalankan tanggungjawab dan harapan. Sifat kepimpinan yang memahami keperluan keseluruh organisi dan dapat menguruskannya dengan baik agar ianya berjalan dengan lancar dan teratur. Seperti didalam sesebuah persembahan orkestra ada seorang sahaja konduktor yang akan mengetuai dan memimpin persembahan itu. Peranannya adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan persembahan orkestra tersebut. Selain daripada organisasi rasmi seperti di syarikat, sekolah atau universiti oerganisasi yang paling penting adalah kekeluargaan. Ayah adalah pemimpin yang akan mencorakkan keluarga dibantu oleh si ibu yang setia akan melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Institiusi kekeluargaan adalah sangat penting dalam membina modal insan dan sahsiah yang terpuji. Keluarga yang bahagia akan melahirkan masyarakat yang berjaya.

vi) Diri - Semua yang diperkatakan tadi dapat direalisasikan bermula dari satu. Satu di sini adalah diri kita sendiri. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menerima SATU itu sendiri. Bolehkah kita berfikiran terbuka dan menghilangkan segala prasangka dan prejudis terhadap sesuatu yang mungkin asing pada diri kita? Bolehkah kita berkongsi, bekerjasama, bergaul, berusaha dan bertimbangrasa terhadap seseorang atau segolongan yang berbeza daripada kita. Tidak kira lah dari segi agama, bangsa, keturunan, pangkat, status, warna kulit, bahasa, budaya, kepercayaan atau pendidikan. Diri terdiri daripada tiga elemen yang besar iaitu rohani, jasmani dan intelektual (body, mind and soul) bergabung menjadi satu dan melahirkan manusia yang sempurna.

1 comments:

swadaya said...

Pertama sekali aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada April Production kerana membuat blog yg begitu indah dan cantik sekali. keindahan blog ini bukan sahaja pada rupanya tetapi pada isikandungannya sekali.Perkataan 'SATU' yang diambil sebagai tema kemuncak seni kali ini aku lihat sebagai satu tema yang begitu berat sekali untuk dikupas. apatah lagi kupasan yang perlu dilakukan adalah dalam bentuk persembahan pentas.
pemikiran yang amat kreatif, kritis dan inovatif perlu dicungkil oleh semua pihak yang terlibat dalam hal ini. tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat aku ucapkan. ( korang memang gempaq) ehheh.melalui terjemahan tema yang jelas seperti di atas memberikan 100% kefahaman kepada pembaca. aku dapat memahami dengan jelas sekali apa yang ingin disampaikan oleh kalian. aku juga bersetuju dan sependapat bahawa memang patutlah korang mengambil tema SATU sebagai tema rasmi kemuncak seni kali ini. aku juga tertarik dengan persoalan-persoalan yang cuba korang timbulkan pada perenggan terakhir. aku sangat setuju dengan persoalan itu dan aku rasa pakar atau sesiapa sahaja boleh ambil persoalan itu sebagai tajuk tesis master atau phd.( aku tak layak lagi)ehehhe . cuma yang aku lihat pada dunia realiti sekarang orang ramai hanya memahami perkataan SATU hanya merangkumi aspek diri sendiri. sikap pentingkan diri sendiri,(induvidualistik)hal ini jelas dapat dilihat dimana-mana. aku harap orang-orang seperti ini menonton kemuncak seni korang supaya pemikian diorang terbuka luas. SATU bukan bermakna seorang tetapi SATU merupakan titik tolak, batu loncatan dan yang lebih penting SATU adalah permulaan. sekian dahulu dari aku... swadaya..melihat dari mata hati bukan dari akal yang rapuh..bersendi pada jiwa suci bukan pada nafsu kotor.

good luck geng..

Post a Comment

Satu In The Making Video 2

Limited Edition T-shirt Order Now!

Boleh juga di dapati di booth promosi semasa Majlis Konvokation pada 16 Mac 2010 di UPSI nanti.