Kemuncak Seni 2010 Trailer

PENGUMUMAN KEPADA PARA PENONTON

Persembahan kemuncak seni telah berlangsung untuk hari kedua. Tinggal hanya pada malam ini iaitu 3hb April 2010 untuk kepada sesiapa yang belum sempat menyaksikannya. Di sini kami pihak tenaga produksi ingin memeberi peringatan kepada para penonton yang bercadang untuk hadir menonton pertunjukkan kami pada malam ini supa hadir ke Panggung Budaya Kompleks Muzik lebih awal supaya melancarkan persembahan dan memastikan yang saudara saudari memiliki tempat duduk dan boleh menyaksikan persembahan dengan selesa. Malam ini di jangkakan kapasiti kehadiran pononton meningkat dan sesak.

Sekian terima kasih kepada semua para tetamu dan hadirin yang telah datang memeriahkan majlis kami. Di harap semua terhibur dan dapat menerima masej-masej yang ingin kami sampaikan. HIDUPKAN SATU DALAM DIRI.

poster terbaru SATU




SATU di Portal Rasmi UPSI


Jawatan Kuasa Promosi APR telah berusaha menghebahkan "SATU" ke dalam portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan selama seminggu ini bilangan hit yang telah direkodkan semakin meningkat. Kami APR berharap semangat SATU ini akan semakin di ketahui oleh semua warga kampus hendaknya.

Gambaran Latihan Dikolajkan

-Zul-

10 Hari Lagi menjelang Kemuncak Seni 2010












-Mahazir-


Pada hujung minggu baru-baru ini APRil Production telah bersepakat untuk berkampung di FSM dan bergerak cergas menyiapkan kerja-kerja teknikal dan latihan lakonan turut dijalankan. Ya, ini adalah majlis kesyukuran yang setiap tahun dibuat di FSM. Majlis ini sebenarnya milik semua manusia untuk menjayakannya. Dengan ini APRil Production mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang turut membantu kerja-kerja yang sangat-sangat memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing..

Memperkenalkan Jurugambar 'Bahasa' SATU!

APRil Production dengan bangganya memperkenalkan Jurugambar Kemuncak Seni 2010 iaitu Zul dan Mahazir. Kita lihat apa pandangan ahli lain..TADAA!


Memang style la anda! Nampak situ?-Miss Rozy-

Ceria no! sempoi gila bak hang!-N.Pengerusi Kemuncak Seni 2010-

Bagus la. Sekurang-kurangnya aktiviti kita berbukti.-Set & Prop-

Saya setuju bila ada jurugambar sebab saya rasa cantik!-Busana & Tatarias-

Moment pada ketika itu kalau kita terlepas rakam?-Pengarah SATU-

Jadikan Platfom untuk anak-anak muda membikin nama.-Pengerusi Kemuncak Seni 2010-

Pondok-pondok SATU

Pada hari Khamis lalu Produki Akhir Minor Tari telah mengadakan persembahan tarian yang mana merupakan penilaian mereka tiap-tiap hujung semester. APR telah melihat peluang pada malam tersebut merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lalu APR mengambil jalan membuka gerai kecil sambil kelihatan seperti bermain pondok-pondok..

Dan inilah pondok kami..!





















Booth "SATU" di SITC sempena Istiadat Konvokesyen ke-12

Pada 16hb semua pelajar pendidikan muzik seperti menjalani rutin tradisi untuk menjayakan Majlis Istiadat Konvokesyen di UPSI. Dengan sempena majlis ini APR telah merancang dan berjaya membuka booth promosi "SATU" di bersebelahan dewan SITC di mana majlis ini berlangsung.


Di booth ini semua APR memakai t-shirt promosi "SATU" sambil mengedarkan pemplet tentang SATU dan pementasan yang akan di pentaskan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti promosi dijalankan. Kepada semua Pelajar Muzik yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah, kami keluarga APR mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang di masa akan datang.


Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan.








Kerja kerja kerja... bertahan.







Hari ini, 14hb Mac adalah sepatutnya hari cuti bagi semua orang tapi bagi APR merasakan masa sungguh mencemburui kami. Kepadatan kerja dengan latihan untuk "SATU" ini di tambah dengan latihan dan persembahan konvokesyen UPSI ke 12 menjadikan semua berada dalam tekanan bebanan kerja yang teramat. Semangat yang di tunjukkan oleh semua junior Pendidikan Muzik amat kami hargai. Walaupun ramai di antara mereka yang sudah terlalu penat. Sabar. Inilah realiti kehidupan hidup sebagai seorang pelajar muzik dan kami pastikan pengalaman ini akan mengajar kami untuk bersaing di dunia luar. Sabar.. Sabar.. Walaupun tekanan semakin kuat.. jangan takut kita semua SATU!



Maka inilah aktiviti kami di hujung minggu. Bila pelajar lain berehat kita bekerja di panggung budaya, bertukang, bermain,menjahit, bermain, menggunting, bermain, mengecat, bermain, yeah.. kami penat tapi kami puas... Yang penting hati kena happy!!!






























Collecting Item!!


Edisi terhad button "SATU". Hanya RM2. Boleh dapatkan di SITC UPSI pada hari Konvokesyen ke 12 pada 16 Mac 2010. Atau call 017-7583758. Cepat sebelum kehabisan.

Aktiiti-aktiviti persiapan. Team Set dan Props

















Seni Jalanan SATU





























Satu In The Making Video 2

Limited Edition T-shirt Order Now!

Boleh juga di dapati di booth promosi semasa Majlis Konvokation pada 16 Mac 2010 di UPSI nanti.